Bunker Anlage Süd

Bekas bunker keretapi di Stępina dimana keretapi Benito Mussolini menunggu pada Ogos 1941.

Kedua-dua terowong kereta api sepanjang 480 meter di Stępina dan Strzyżów telah dibina oleh Organisasi Todt menggunakan buruh paksa Poland dari kem-kem tahanan yang berdekatan. Tempat-tempat perlindungan telah dibina dengan 8.3 meter (27 ka) lebar dan 12 meter (39 ka) tinggi berserta dinding konkrit bertetulang 2 meter (6 ka 7 in) tebal.

Terowong tersebut dikelilingi oleh berek-berek, kakitangan kubu, dan menara pengawal. Bangunan lain telah digunakan untuk operasi, pentadbiran dan penyelenggaraan. Di dalam setiap terowong kalis bom, terdapat rel kereta api dan platform. Pintu gerbang terowong telah dilindungi oleh dua sayap pintu perisai dengan lubang menembak untuk pengawal. Rel dibina khas menghubungkan terowong dengan kereta api Rzeszów-Jaslo.